Thursday, 25 October 2012

balik kampung!!!!

Yihaa!!!! Balik kampung Pimping!! Raya haji esok...petang ni bertolak. Apa juadah utk esok ya? Yang pasti,saya telah bersiap sedia untuk projek kek fruit gateau.. :) Bahan,dah siap.kek dah bakar kelmarin lagi.. sampai di kampung,boleh la bermula dengan aktiviti icing mengicing... teringat kek fruit gateau yang paling berjaya masa buat sempena hari lahir matua (nenek) bulan Julai yang lepas.... kira boleh la untuk amatur....

kek sempena hari lahir nenda tercinta... 5/7/2012 :)
 
Bagi yang rase nak mula berjinak-jinak dengan dunia kek,mai saya kongsikan resipi yang saya dapat dari My Resipi..kredit to V rie's for sharing.. :)

Bahan-bahan ( 8-10 orang )

  • BAHAN-BAHAN KEK
  • 5 biji telur (saiz besar, kira-kira 70 gm setiap satu)
  • 130 gm tepung gandum (diayak)
  • 150 gm gula halus( kastor)
  • 80 gm mentega cair
  • 1 sudu teh penuh super sponge
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • Cara-cara membuat kek span
  • Pukul telur, super sponge bersama gula sehingga kembang dan pekat
  • Kemudia masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak bersama,
  • Gaul rata adunan tadi hanya dengan menggunakan senduk kayu, sekadar rata..jangan terlalu lama mengaul, nanti udara keluar.
  • Kemudian masukkan mentegar cair dan gaul rata lagi
  • Tuang adunan dalam loyang bulat saiz 9" yang telah di lanser dengan majerin dan dialas kertas minyak
  • Bakar dalam oven yg tlh di panaskan dahulu pada suhu 170-180'C selama 30-40 minit
  • Setelah masak kek perlu di keluarkan serta merta dan di sekukkan terlebih dahulu.
  • Bahan-bahan hiasan
  • 1/2 -1 tin buah pic dalam tin, 2 1 biji buah kiwi, 3 keping nenas bulat dalam tin, beberapa biji buah anggur..atau pun boleh ditambah dgn buah-buahan segar lain..dan badam hiris yang telah di bakar dlm oven terlebih dahulu
  • Bahan-bahan Krim sapuan
  • 250 gm wipping cream (dipukul hingga kembang dan gebu)
  • Bahan-bahan glaze (untuk memastikan buah -buahan 2 segar dan berkilat)
  • 3-4 sudu aprikot jell/ atau jem aprikot pun bleh jgak..
  • 4-5 sudu air panas
  • Campukan kedua2 bahan itu

Cara-cara

  1. Cara-cara menghias
  2. Kek span tadi di potong kepada 2 lapisan, kemudian sapukan sedikit dengan wipping cream tadi di lapisan bawah dan taburkan dengan buah pic yang telah dihiris kemudian tampal dengan kek lapisan atas.
  3. Lebihan Wipping cream tadi sapu di seluruh kek..cam nak wat kek butter cream jer...
  4. Kemudian diatas kek bleh lah dihias dengan buah2an segar dan di sapu dengan glaze.
  5. Di tepi kek di tabur dengan badam hiris...dan boleh lah kek ni di simpan di dalam peti sejuk sblm di guna...kek ni x tahan kalu lama2 sgt kat cuaca yang panas coz wipping cream x tahan skit...
*kalu takut kek span berbau hanyir telur..bolehlah ditambah sedikit esen vanilla...               
 
Plan raya ni pulak,ada ke? mungkin bakar @ goreng sate,disamping juadah raya yg biasanya takkan dilupakan iaitu RENDANG..... wah.... Raya raya juga,kalau tak terkawal pemakanan alamat bulat la lagikkk!hehehe....
 

No comments:

Post a Comment