Saturday, 3 November 2012

Maajun Anggun Bistari

 


Assalamualaikum w.b.t.....
Adakah anda:
Bosan dengan kaedah perancang moden yang menggemukkan?
Ingin merawat masalah dalaman seperti haid tidak teratur?
Dalam ikhtiar untuk mendapatkan zuriat?
Tercari-cari alternatif bagi penjagaan dalaman wanita?

Ini jawapannya... dengan Maajun Anggun Bistari.. :)


maajun2
 
 
Maajun Anggun Bistari atau lebih dikenali sebagai MAB adalah alternatif bagi merancang keluarga secara tradisional. Setiap wanita mempunyai kadar dan fungsi hormon yang berbeza-beza. Sesetengah wanita yang berkahwin tidak serasi dengan perancang keluarga moden seperti pil perancang, suntikan,memakai alat pencegah kehamilan ataupun secara IUD. Jadi mereka ini lebih sesuai merancang keluarga secara tradisional...nah...inilah jawapannya...untuk pengetahuan wanita2 diluar sana..MAB adalah ramuan turun temurun yang tidak mengandungi sebarang campuran kimia. MAB dihasilkan melalui bahan-bahan semulajadi yang diyakini khasiatnya berzaman2 dahulu....

MAB juga bkn sekadar perancang keluarga malah dapat mengatasi pelbagai masalah2 wanita zaman kini berbeza skali dengan perancang keluarga moden yang hanya sekadar merancang keluarga!! MAB dapat membantu memulihkan semula peranakan dan merawat dalaman wanita agar sentiasa "clean n clear"..perlu diingatkan kanser rahim, cyst dan fybroid byk ditemui zaman kini...punca? anda sendiri boleh memikirkan...apakah kita setuju dengan kandungan kimia yg ambil sepanjang hari? garu kepala.. tanyalah hati...

MAB mengandungi 21biji,seperti perancang moden. anda mampu merancang keluarga anda sendiri malah mendapat byk lagi manfaat untuk kebaikan anda. Suami pun sayang (ketat dan mantoop)...

Isi kandungan MAB ialah MANJAKANI, SERAPAT, SENDUDUK, KACIP FATIMAH, HABBATUSAUDA, INAI & REMPAH RATUS SAHAJA.
KHASIAT & KEGUNAAN MAB :
  • Sebagai perancang keluarga bagi yang ingin menjarakkan kehamilan / family planning.
  • Merawat masalah dalaman wanita seperti masalah keputihan, kegatalan dan bau yang tidak menyenangkan.
  • Merapatkan faraj bagi wanita selepas bersalin
  • Memontokkan dan memejalkan kembali otot payudara.
  • Menghangatkan dan mengeratkan hubungan suami isteri.
  • Memanaskan badan terutama bagi wanita selepas bersalin.
  • Melancarkan peredaran haid
  • Membuang darah-darah kotor dan toksin dalam badan
  • Menyihatkan badan disamping menambah tenaga sepanjang hari
  • Mencantikkan kulit selepas pengeluaran toksin di dalam badan
  • Mempertingkatkan kembali imum ketahanan badan, dimana badan menjadi sihat, segar dan kuat tiada lagi masalah seperti tidak bermaya atau tidak larat.
  • Melegakan perut kembung dan masalah angin di dalam badan
  • Melawaskan pembuangan air besar
  • Mengawal selera makan dan menurunkan berat badan
  • Mengurangkan kesakitan ketika haid (senggugut)
  • Mengurangkan risiko penyakit kanser dimana maajun warisan keluarga ini adalah 100% dari bahan tradisional jadi tiada langsung penggunaan bahan-bahan steroid dimana ia adalah salah satu kepada faktor penyebab penyakit kanser
  • Membantu melangsingkan badan bagi yang mengamalkan diet. Ini kerana akar-akar kayu ini bertindak sebagai penyikiran bahan-bahan toksin di dalam badan. Jadi badan menjadi ringan dan segala lemak dapat disingkirkan.
  • MAB memerlukan air untuk merawat dalaman wanita. Apabila wanita menyusu minum sekurang2nya 8 gelas sehari, secara tak langsung dapat menambahkan air susu bagi wanita yang sedang menyusukan bayi.
  • MAB membantu melambatkan proses menopous yang mana ditakuti oleh semua golongan wanita..
MAB adalah produk tradisional dari herba, rempah ratus dan madu. Kegunaan MAB pada asasnya adalah “Family planning”. Walaubagaimanapun MAB juga bertindak sebagai ubat MULTIPURPOSE dalam penjagaan kesihatan dalaman / kecantikan Wanita terutamanya bagi yang telah berumahtangga. MAB juga merupakan salah satu alternatif bagi orang yang kurang selesa dengan kaedah FAMILY PLANNING moden. Keberkesanannya dalam family planning adalah 100% sekiranya anda mengikut aturan makan yang betul. MAB juga boleh diambil oleh orang yang berumur 18 tahun ke atas, berkahwin/ belum berkahwin dan orang-orang tua ( Warga Emas ) MAB di jamin bersih,
( Suci lagi halal ) tanpa perlu di ragui lagi bagi orang Islam.
KONSEP & CARA MAB bertindak balas
Apabila anda mengambil MAB ianya akan bertindak merawat penyakit terlebih dahulu. Proses ini dinamakan tindakbalas awal. MAB akan bertindak membetulkan sistem dalam badan supaya ianya berfungsi dengan baik. Bahagian yang akan berlaku .Proses rawatan adalah seperti pada bahagian peranakan/mencairkan lemak/Kolestrol/toksin dalam darah. Apa yang MAB buat adalah ia akan mencairkan darah period lama, nifas lama yang tidak keluar habis semasa tempoh berperiod/berpantang ( bagi yang bersalin ). Darah ini biasanya berwarna hitam/coklat. Banyaknya darah yang keluar adalah bergantung kepada tahap kesihatan masing2. Jika anda sudah lama tidak period/ period pendek bermakna banyaklah darah kotor yang disimpan dalam peranakan tersebut. Pada Peringkat ini , anda akan didatangi kekerapan Period yang tidak menentu kerana MAB sdg merawat peranakan anda. Selepas selesai tempoh itu, anda akan melaluiPeringkat keserasian dengan MAB. Pada tahap Ini, period kembali normal, maksudnya apabila Habis 21 biji, besoknya period akan datang. Pada tahap ini, MAB sudah serasi dengan anda kerana proses rawatan sudah selesai. Selain Dari darah kotor seperti diatas, lemak/kolestrol/Toksin dalam badan/darah akan dipecahkan dan di buang bersama najis besar. Pd masa ini anda mengalami kekerapan membuang air Besar dan melepaskan angin ( kentut ) Darah period yang lama ini seharusnya di keluarkan kerana ianya memberi implikasi kepada anda dalam jangkamasa panjang. Antara risikonya adalah terdedah kepada Fibroid/Cyst/barah pangkal Rahim. Jika darah lama ini dapat dikeluarkan insyaAllah risiko kpd Penyakit tersebut adalah rendah. Dengan kata lain, MAB adalah ikhtiar utk elakkan kemunculan penyakit tersebut.
“ MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI “
 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEguMgkXYFU0odpOPLArCBv9TqC8Riioup4B8lU8YCa-lxqvEMhshPawJKNizWwnqYeaEhqY5ipR3Hnhyphenhyphena_X7ACofiGOyhMgAQFQhwK_zLcn9LXLd7BCNuHzooh5IhAPyfgt_FO5rucC7ZSC/s1600/maajun.jpg
 
LAIN-LAIN KEGUNAAN MAB :
 
MELAMBATKAN MONOPAUS
Dengan Megamalkan MAB anda tidak akan MONOPAUS di Usia yang terlalu awal iaitu sekitar 40an. Biasanya hormon kewanitaan dikeluarkan oleh otak kita dengan aktif pada usia remaja sehinggalah sekitar usia 30an, disebabkan faktor usia, stress dan tekanan hidup, otak kita menjadi kurang berkeupayaan merembeskan hormon tersebut untuk badan, jika masalah ini tidak diatasi dengan baik kita menjadi cepat tua dan akhirnya mempercepatkan MONOPAUS. Keadaan ini akan menimbulkan kesan yang tidak baik dalam hubungan rumahtangga. Hubungan seksual juga menjadi tidak harmoni. InsyaAllah dengan mengamalkan MAB masalah tersebut dapat diatasi dengan baik.
 
MAB SEBAGAI IKHTIAR MENDAPATKAN ANAK
Biasanya orang yang mempunyai masalah period/senggugut adalah sukar untuk mengandung. berkemungkinan orang seperti ini mempunyai masalah dalaman pada peranakan seperti terdapatnya blocking pada peranakan seperti period tak keluar habis/keputihan. Keadaan seperti ini akan menghalang perjalanan sperma lelaki menuju ke rahim untuk bercantum dengan benih perempuan. Dengan mengamalkan MAB, ianya mengeluarkan blocking tersebut supaya perjalanan sperma menjadi lancar. Dengan itu proses penghamilan akan lancar.
 
SESUAI UNTUK WANITA BERUMUR/WARGA EMAS :
MAB ini bukan sahaja untuk wanita muda malah ianya sesuai kepada wanita yang berumur 40an keatas. Bagi golongan berumur/warga emas ianya tidak dapat mengembalikan period lagi, Cuma hanya Boleh mendapat khasiat2nya seperti Melancarkan peredaran darah, memberi tenaga, lawas, menghilangkan kebas2 dan sebagainya.
ATURAN MAKAN MAB :
1.Bagi yang lepas pantang, mula makan hari ke 44 lepas bersalin.
2.Bagi yang merancang sendiri, mula makan pada hari ke 3, 4 atau 5 period.
3.Bagi yang ambil pil perancang ingin bertukar ke MAB, habiskan pil tersebut dan semasa hendak ganti pil, terus ganti dengan MAB dan tak perlu lagi tunggu period. MAB juga boleh di makan bersama pil.
4.Bagi yang sedang merancang mengguna cara IUD, kaedahnya seperti berikut:
i) Kes yang tidak period, dapat MAB terus makan.
ii)Kes IUD yang belum EXPIRED dan ada period mula makan pada hari ke 3, 4 @ 5 period.
Bila IUD sudah EXPIRED nanti boleh putuskan sama ada nak teuskan IUD atau MAB sahaja.
5.Bagi yang sedang merancang menggunaknINJECTION, Kaedahnya seperti berikut :
i) Kes belum/baru expired, dapat MAB boleh terus makan pada hari ke 3,4 @ 5.
ii)Bagi yang tak period, dapat MAB boleh terus Selepas EXPIRED INJECTION, boleh putuskan untuk terus sambung Injection atau MAB shj.
6.Makan 1 biji sahaja sekali sehari samada pagi/malam setiap hari selama 21 hari. Selepas habis, REHAT selama 7 hari dan selepas itu sambung botol ke 2 dan seterusnya.
Contohnya : Jika pil yang terakhir makan hari Sabtu, maka sambung semula botol ke 2 pada Hari sabtu minggu seterusnya. Jika makan pagi Botol ke 2 pun teruskan ambil pagi. Begitu juga jika ambil malam.
7.Bagi kes lupa makan, cara adalah seperti berikut :
i) Lupa makan waktu malam, pagi esok ambil 1 biji sebagai ganti, jika masih lupa, maka malam kena ambil 2 biji sekali.
ii)Lupa makan pagi, malamnya ambil 1 biji, jika masih lupa, maka pagi esok kena ambil 2 biji sekali.
SIMPTOM AWAL/SEMENTARA TINDAK BALAS RAWATAN MABBuat anda yang baru mengambil MAB… berikut disenaraikan antara tindakbalas proses rawatan MAB.. (hanya segelintir sahaja yang mengalami simptom2 ini)

>> Period menjadi lintang pukang..
-period mungkin akan berlanjutan lebih dari 7 hari…
-ada juga kes yang period datang 4 hari.. then stop 2 hari.. then datang semula..
pada masa ini MAB dalam proses merawat darah kotor dalam peranakan..dan darah tu dikeluarkan melalui period..

>> Rasa Mengantuk…
-Selalunya akan di rasai pada yang mengambil MAB pada waktu pagi..
-Pada yang ambil malam… tentu tak perasan simptom ni sebab lepas makan MAB.. memang nak tidur..

>> Kerap kencing/buang air besar/ kentut….
- MAB tengah buat kerja buang angin dan toksin.

>> Pening kepala
- Adakalanya boleh membawa sampai demam
**MAB ni agak panas.. so disarankan banyakkan minum air masak.

>> Rasa berdenyut pada payu dara…
- Ada yang berasa denyutan yang menyakitkan sehingga tak boleh nak pakai baju dalam
- Situasi begini selalunya di alami jika kita hampir didatangi period..begitulah juga dengan MAB.. bermakna, MAB sedang merawat tubuh kita
- Salah satu fungsi MAB.. menegangkan payudara.. so denyutan tu bermakna.. payudara semakin menegang.. wow.. mengancam la lepas ni.. hehehe


APAPUN ANDA TAK PERLU RISAU KERANA SIMPTOM-SIMPTOM INI HANYA SEMENTARA…

Tempohnya bergantung pada tahap kesihatan dan ketahanan tubuh masing-masing…

OLEH ITU… diharap semua pengamal-pengamal MAB dapat bersabar terhadap tindak balas rawatan MAB ini…

Setiap usaha itu perlu ada kesungguhan untuk mencapai tahap kejayaan yang diinginkan…
PERINGATAN :
Untuk mengambil MAB bagi merancang keluarga, MAB hanya memberi perlindungan
sehingga tempoh 24 jam sahaja. Oleh ituberhati-hati tempoh gap makan supaya tidak melebihi 24 Jam, Jika syarat ini tidakdi patuhi ianya kurang berkesan untuk dijadikan FAMILY PLANNING.Jika sedang makan MAB di datangi period,Jangan berhenti, terus habiskan 21 biji dan berhenti selama 7 hari sebelum sambung semula botol seterusnya.Jika puan2 mematuhi aturan makan ini,insyaAllah ianya dapat membantu sebagai Kaedah FAMILY PLANNING yang berkesan..
MAB SEBAGAI FAMILY PLANNING SEMULAJADI
Dari segi saintifiknya bagaimana MAB boleh bertindak sebagai family planning........
1) Apabila kita makan MAB ianya ia akan meningkatkan temperature (suhu) badan dalam tempoh 24 jam. Suhu ini akan membuat satu environment pada sekitar rahim kita (tempat pertemuan benih lelaki n perempuan) dimana pada suhu ini ianya akan membuatkan benih lelaki dan perempuan tidak aktif untuk bercantum (persenyawaan) untuk membentuk embrio (janin). Dengan kata lain chances utk pregnt adalah zero pada suhu ini.
2) Untuk pengetahuan dari ilmu kajian biologi benih(ovum) yg dihasilkan cuma ada hayatnya (umur) sehingga 24 jam sahaja. Jika benih ini tidak dapat bersenyawa dalam tempoh 24 jam ini maka ianya akan mati sendiri. Ini ada ketetapan umur benih sejak azali lagi yang Allah jadikan.
3) Jadi relate dgn maklumat diatas sebabt u lah MAB hanya dibuat berfungsi setakat 24 jam sahaja. Tujuannya supaya menyamai umur benih. Jadi dlm zon yang tidak selesa tu ia tidak berupaya utk combine dgn couplenya maka lepas tempoh 24 jam ia pun matilah sendiri n pada hujung bulan (time rest 7 hari) ia akan direduce melalui period. Jadi kalau dalam tempoh 24 jam tu kalau ia berjaya combine maka proses persenyawaan akan berlaku dan akhirnya membentuk embrio (janin).... so pregnt lah tu. Coz inilah MAB ni kena makan ikut aturan dgn gap masa yg betul. +/- 2 jam adalah dikira 100% selamat. Jika tak ikut displin ni maka selepas 24 jam suhu badan akan normal dan benih akan kembali aktif n dlm zon yang selesa maybe ia berupaya untuk melakukan persenyawaan maka terpregntlah bagi org yg makan main2/lupa/tak ada displin.
4) So satu biji itulah dose yang betul utk membuat temperature yang tepat. Jika dilebihkan dose blh membawa risiko lain pula kecuali kes lupa shj.So... itulah konsep family planning yg mudah utk difahami. Tidak ada chemical dlm membuat protection just ramuan rempah2 n herba tertentu sudah memadai.
KEISTIMEWAAN HERBA WARISAN TURUN TEMURUN INI
KHASIAT KACIP FATIMAH
- Mengatasi masalah senggugut
- Melancarkan perjalanan haid dan mengatasi keputihan
- Memulihkan sindrom tekanan sebelum haid
- Meningkatkan keindahan wajah
- Meningkatkan dan memulihkan saluran peranakan
- Mengatasi buasir.
KHASIAT AKAR SERAPAT
- Memperbaiki dan menegang tisu faraj
- Membantu menegangkan payudara
- Menegangkan dan mencantikkan kulit (awet muda)
- Menguatkan otot dan sendi
KHASIAT MANJAKANI
- Mengecutkan dan mengetatkan rahim dan peranakan wanita
- Memperbaiki system peredaran haid
- Menyembuhkan luka-luka dalaman selepas bersalin
- Membersihkan darah kotor
- Mengatasi keputihan
- Bertindak sebagai astrigen yang berkesan dalam memperbaiki tisu faraj
- Melicinkan dan memelihara kulit
KHASIAT SENDUDUK
- mempunyai nilai perubatan yang tinggi
- untuk mengubati penyakit keputihan yang biasa dialami oleh wanita
- mempunyai khasiat mengubati batuk yang lama
KHASIAT INAI
- Merawat luka, samada luka luaran atau luka dalaman (terutamanya selepas melahirkan anak atau selepas pembedahan)
- untuk menghentikan pendarahan.
- Untuk luka bersalin dan pembedahan
- dikatakan dapat mempercepatkan proses penyembuhan
- Untuk mengembalikan seri muka yang agak pucat selepas bersalin
KHASIAT MADU
- Aktif menjalankan fungsinya memulihkan tenaga dengan segera
- Menghentikan batuk dengan cepat
- Membersihkan, membuang segala kotoran dalam darah.
- Mengendurkan urat-urat yang tegang, tekanan, kemurungan.
- Menghentikan kesakitan sendi
- Baik untuk sistem pernafasan
- Badan dapat menyerap madu dengan mudah tanpa memprosesnya terlebih dahulu
- Membunuh kuman dan virus didalam darah
- Membaikpulih dalaman wanita dan memelihara kesihatan kaum lelaki serta menambah keharmonian rumahtangga.
- Menghilangkan gatal-gatal pada kulit dan parut luka dengan segera
- Meningkatkan prestasi mental
- Mencantik, menghalus, melembap dan mengawal keanjalan kulit.
KHASIAT HABBATUS SAUDA/JINTAN HITAM
- Menguatkan sistem kekebalan tubuh
- Meningkatkan daya ingatan dan konsentrasi
- Meningkatkan bioaktivitas hormon
- Menetralkan racun dalam tubuh,
- Mengatasi gangguan tidur dan stress,
- Anti histamin/anti alergi
- Memperbaiki saluran pencernaan dan sebagai anti bakteria
- Melancarkan air susu ibu
- Tambahan nutrisi pada ibu hamil
- Anti tumor
- Nutrisi bagi manusia
-Anti Oksidan
-Anti infektif dan broncodialating

Thursday, 25 October 2012

balik kampung!!!!

Yihaa!!!! Balik kampung Pimping!! Raya haji esok...petang ni bertolak. Apa juadah utk esok ya? Yang pasti,saya telah bersiap sedia untuk projek kek fruit gateau.. :) Bahan,dah siap.kek dah bakar kelmarin lagi.. sampai di kampung,boleh la bermula dengan aktiviti icing mengicing... teringat kek fruit gateau yang paling berjaya masa buat sempena hari lahir matua (nenek) bulan Julai yang lepas.... kira boleh la untuk amatur....

kek sempena hari lahir nenda tercinta... 5/7/2012 :)
 
Bagi yang rase nak mula berjinak-jinak dengan dunia kek,mai saya kongsikan resipi yang saya dapat dari My Resipi..kredit to V rie's for sharing.. :)

Bahan-bahan ( 8-10 orang )

  • BAHAN-BAHAN KEK
  • 5 biji telur (saiz besar, kira-kira 70 gm setiap satu)
  • 130 gm tepung gandum (diayak)
  • 150 gm gula halus( kastor)
  • 80 gm mentega cair
  • 1 sudu teh penuh super sponge
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • Cara-cara membuat kek span
  • Pukul telur, super sponge bersama gula sehingga kembang dan pekat
  • Kemudia masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak bersama,
  • Gaul rata adunan tadi hanya dengan menggunakan senduk kayu, sekadar rata..jangan terlalu lama mengaul, nanti udara keluar.
  • Kemudian masukkan mentegar cair dan gaul rata lagi
  • Tuang adunan dalam loyang bulat saiz 9" yang telah di lanser dengan majerin dan dialas kertas minyak
  • Bakar dalam oven yg tlh di panaskan dahulu pada suhu 170-180'C selama 30-40 minit
  • Setelah masak kek perlu di keluarkan serta merta dan di sekukkan terlebih dahulu.
  • Bahan-bahan hiasan
  • 1/2 -1 tin buah pic dalam tin, 2 1 biji buah kiwi, 3 keping nenas bulat dalam tin, beberapa biji buah anggur..atau pun boleh ditambah dgn buah-buahan segar lain..dan badam hiris yang telah di bakar dlm oven terlebih dahulu
  • Bahan-bahan Krim sapuan
  • 250 gm wipping cream (dipukul hingga kembang dan gebu)
  • Bahan-bahan glaze (untuk memastikan buah -buahan 2 segar dan berkilat)
  • 3-4 sudu aprikot jell/ atau jem aprikot pun bleh jgak..
  • 4-5 sudu air panas
  • Campukan kedua2 bahan itu

Cara-cara

  1. Cara-cara menghias
  2. Kek span tadi di potong kepada 2 lapisan, kemudian sapukan sedikit dengan wipping cream tadi di lapisan bawah dan taburkan dengan buah pic yang telah dihiris kemudian tampal dengan kek lapisan atas.
  3. Lebihan Wipping cream tadi sapu di seluruh kek..cam nak wat kek butter cream jer...
  4. Kemudian diatas kek bleh lah dihias dengan buah2an segar dan di sapu dengan glaze.
  5. Di tepi kek di tabur dengan badam hiris...dan boleh lah kek ni di simpan di dalam peti sejuk sblm di guna...kek ni x tahan kalu lama2 sgt kat cuaca yang panas coz wipping cream x tahan skit...
*kalu takut kek span berbau hanyir telur..bolehlah ditambah sedikit esen vanilla...               
 
Plan raya ni pulak,ada ke? mungkin bakar @ goreng sate,disamping juadah raya yg biasanya takkan dilupakan iaitu RENDANG..... wah.... Raya raya juga,kalau tak terkawal pemakanan alamat bulat la lagikkk!hehehe....
 

SALAM AIDILADHA.. :)

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Sempena hari berbahagia ni,ayuh kita selusuri sirah anbiya..Hayati makna pengorbanan hakiki. Rentetan peristiwa antara nabi Ibrahim a.s dan anakandanya nabi Ismail a.s. Betapa kesanggupan nabi Ismail yg masih kecil untuk berkorban,rela disembelih ayahanda tercinta demi menurut perintah Illahi. Akhirnya dengan kuasa Allah,nabi Ismail ditukar dengan kibas.. Begitulah bermulanya sejarah ibadah korban... Subhanallah...

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.
Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. [1]
Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Makkah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian bersih dan ceria dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

Sunday, 21 October 2012

Lagi Info Berkenaan Acai Berry ABC

 
CARA MAKAN:
Ambil 1 capsule softgel di waktu pagi ketika perut masih kosong dan sebelum breakfast
Rutin makan seperti biasa,jangan skip makan or diet okay
Selepas u all dapat berat yg di ingini,boleh makan selang sehari
 
 

 PANTANG LARANG :
-boleh makan dengan smua jenis makanan
-jika anda period,tak payah makan acai berry...takut ganggu hormone anda
-jika anda ada penyakit jantung, pregnant atau penyakit kronik,JANGAN makan acai yea.
-jika anda makan ubat hospital,jangan makan acai berry.
-kalau anda ada makan supplement lain,jarakkan 6jam pengambilan
-acai berry ni action sikit,dia nak duk sorang-sorang jer,tak mau ada supplement lain
-elakkan minum minuman berkafein sperti teh,kopi,Nescafe kerana proses pemecahan lemak akan lambat.
-acai berry ni tak boleh di ambil dgn produk slimming lain.jika anda ada makan produk slimming lain,habiskan dulu baru makan acai berry yea.

 SOALAN2 LAZIM BERKAITAN ACAI BERRY:)
1- kenapa byk kluar jerawat makan acai? = jawapannya ialah toksin dikeluarkan dari badan sbb tu ada sesetengah org kluar jerawat.
2- kenapa makan acai dah 3 botol tp dok gemuk jugak?= acai susah bekerja jika ada kafein dlm badan..elakkan minum kopi, teh, nescafe. Ia melambatkan lemak pecah, dan menyebabkan pening kepala@migrain
3- kenapa naik penimbang tapi berat tak turun pun?= cuba cek sluar baju longgar x? Ni satu misteri yg saya tgh kaji (cewahhh…) mengapa berat x turun tp sluar dh byk longgar. (MAKNANYA DAH KURUS LER TUUU)
4- kalau mkn ubat lain blh x makan acai?= buleh blake tp jarakkan 7 jam TAPI kalau makan @ minum kalogen, slimming produk yg lain TAK BOLEH makan acai..makan la produk slimming
lain tu dulu smpai abis baru makan acai. Or letak tepi dulu produk lain, cuba makan acai dulu..

Acai Berry ABC Original...Hanya RM75 termasuk pos!

disini saya ingin berkongsi info tentang produk ni. Beribu testimoni,betapa efektif penuruan berat badan dengan Acai Berry ABC. Masalah kandungan racun,sudah selesai dan telah saya lampirkan bukti ujian makmal bahawa betapa selamatnya produk ini dlm penulisan saya yang lepas. kali ini saya akan kongsikan kepada anda  beberapa info bergambar berkaitan Acai Berry ABC..







 
 
 
 
 
 
 
Persoalannya,mengapa saya jual dengan harga murah? Kerana saya tidak ingin mengambil keuntungan yang banyak,sekadar berkongsi apa yang baik untuk semua. Saya sendiri menggunakannya, dan Insyaallah saya akan lampirkan hasil penggunaan Acai Berry ABC oleh saya sendiri...
Ini berita baik buat kawan2 yang mengalami masalah obesiti,terutama yang telah berusaha mencuba pelbagai cara tetapi gagal. ANDA TIDAK BERSENDIRIAN. Apa yang penting, DOA + USAHA + TAWAKKAL.Insyaallah....
Yang berminat boleh berhubung dengan saya menerusi facebook saya, http://facebook.com/CamiliaCalytha atau page facebook saya http://facebook.com/camilythashoppe ..
 

Saturday, 20 October 2012

COBAAN.....

Masyaallah!!! Ana baru nak mula bisnes,cobaan dah datang!!!!
Menggelabah? Memang menggelabah... Allahuakbar.....
Baru2 ni gempar dalam Metro tentang produk Acai Berry dirampas. Habis... punah...
Tapi orang tak tengok point.  YANG TU PRODUK ACAI BERRY TIRUAN........ saya jual ACAI BERRY ORIGINAL!! ORIGINAL is made in HONGKONG, manakala TIRUAN pulak made in CHINA!!!! Tak faham lagi? MASYA ALLAH....!!!
China ni memang terkenal dengan budaya tiru meniru untuk kaut keuntungan lebih.. Korang pun mesti faham kan...?
Semua ACAI Berry ABCaya?mengandungi siburthamine? sapa cakap? FDA?
measti korang tengok yg ni kan...?
http://www.fda.gov/Drugs/ResourcesForYou/Consumers/BuyingUsingMedicineSafely/MedicationHealthFraud/ucm276098.htm

wokey...skrg mai dengar cerita saya pulak..
Sekali lagi saya tegaskan,hobi China ialah meniru sesuatu produk yang baik untuk mengaut keuntungan. Oleh itu,mereka akan cuba mencedok sehampir yang boleh hingga sukar untuk mengenalpasti mana ORIGINAL, mana TIRUAN. MEans,produk yang dikaji oleh FDA ialah produk tiruan. Sementara yang ORIGINAL pula telah lulus ujian Racun...!


.


LAGI LAPORAN TERBARU UJIAN RACUN OLEH MAKMAL MALAYSIA



kini,ada LAGI KERAGUAN?

Wallahualam.. Tepuk dada,tanyalah iman...
Apa saja yang kita buat akan dipersoalkan di Akhirat..
Apa saja yang saya jual adalah berdasarkan niat untuk membantu memperbaiki kualiti hidup masyarakat.
Apa saja yang saya uar-uarkan adalah berdasarkan manfaat yang saya lihat disekeliling. Saya berani,kerana saya dipihak yang benar! saya yakin,kerana saya sendiri menggunakannya!

Tuesday, 16 October 2012

ACAI BERRY ABC (PASTIKAN ORI BARU BELI)

ACAI BERRY ABC Kapsul gel lembut Impian jadi kenyataan!!! Hilangkan 5-15kg dalam masa sebulan!!!

manfaat acai berry, membuang lemak degil berlebihan di dalam badan. membantu mengurangkan kedut penuaan,mencantikan kulit dan awet muda. Baha
n bahan yang unik di proses menggunakan teknologi moden. Mengandungi 100% Acai berry yang telah dikeringkan dan di proses menggunakan teknologi moden,dan telah ...digabungkan dengan herba2 cina istimewa yang terpilih.

Manafaat acai berry terbukti. berkesan melansingkan badan dan membaiki kesihatan seseorang. Apa itu Acai Berry? Acai Berry adalah sejenis buah-buahan yang bulat dan berwarna ungu. Dan buah acai berry telah di uji kebaikan dan keberkesanaannya. Penyelidikan Menunjukkan dan terbukti telah menunjukkan aktiviti antioksidan dan faedahnya. buah acai berry boleh membantu menghalang penyakit-penyakit yang disebabkan oleh tekanan seperti penyakit jantung dan kanser. .

Acai berry juga mengandungi bahan-bahan yang dipangil antosianin dan flavonoid Antosianin bertanggungjawab untuk corak warna merah, ungu, dan biru didalam buah-buahan yang banyak,sayur-sayuran, dan bunga. Makanan yang paling kaya dengan antosianin seperti beri biru, anggur merah, wain merah. Flavonoids adalah antioksida yang membantu mempertahankan badan terhadap tekanan hidup mereka. Mereka juga memainkan peranan dalam sistem perlindungan sel badan. juga memainkan peranan dalam sistem perlindungan sel badan. radikal adalah hasil sampingan berbahaya yang dihasilkan oleh tubuh. Manfaat Beberapa manafaat setelah anda mencuba acai berry:
*Tenaga meningkat
*Penghadaman lebih baik
*Tidur bertambah baik
*Kesihatan Mental Dipertingkatkan
*Sistem Imun Yang
*Kulit lebih sihat dan cantik
*Awet muda
*Detoksifikasi yang lebih baik
*berat badan yang seimbang

Bahan-bahan 500mg x30 gel lembut
Penggunaan & Dos Sehari
1 kapsul sehari


 
 
 Bahan-bahan: Acai aloe berry Chitosan Garcinia Cambogia Fiber Pemakanan Teh Hijau 100% Asli acai berry kering Semua Setiap kapsul gel lembut yang bertanda ABC adalah tulin. Utuk pelansingan ianya berkesan membentuk di bahagian tangan punggung dan peha di mana kedudukan lemak yang mudah berkumpul. Tiada kesan sampingan seperti cirit-birit dan lain-lain.sesuai pada orang yang berumur 16-60 tahun.Tidak di galaKkan untuk wanita yang mengandung dan pesakit jantung.
*30 biji kapsul lembut
*1 biji sehari
 
****** JOM SAMA-SAMA LANGSING & CANTIKKAN KULIT . JAGA KESIHATAN ANDA.... ******
 

Sunday, 14 October 2012

Sharing Is Caring....

Once upon a time in Kepayan,a young mother was delivered her second princess..amboiiii...

Pendekkan cerita,ni bukan tentang kisah dongeng2..hehe...memalukan! Just want to share my experience.
Masa mula lpas bersalin baby no.2, berat saya mencecah 61kg! Wah....risau bukan main...
Sepanjang pantang pula,penjagaan kurang. tiada ambik set bersalin sebanyak-banyaknya kecuali berbengkung dan ambik jamu Seri Perawan. Terima kasih kepada kak Farah Natassya yg jual kepada saya.... walapupn kurang penjagaan,setidaknya demam,sakit dan penat hilang bila mula makan jamu tu pada hari ketujuh selepas bersalin. Alhamdulillah.....
 
 
10hari lepas melahirkan Calytha Melissa...
 
 
Habis Pantang,mula makan MAB... Ambik sebagai perancang,sebab sebelum ni bukan main debab lg sepanjang ambik perancang Trinoldiol... Mana tak tersinggung bila dipanggil gemuk,montel,tembam dan sebagainya... Tekanan...!! sebab tu la saya bertekad untuk stop makan perancang diluar pengetahuan encik asben.. sekali lekat terus!!!hehe...padan muka... Akhirnya lahir lah puteri yang diberi nama Calytha Melissa.... Alhamdulillah,rezeki tak terduga..
 
Kembali kepada MAB,beli dari seorang ejen besar kat sabah (kak Normah). mula-mula ambik,ya Allah....sakit kat perut bukan mai...! mungkin kesan sebab baru lepas bersalin... sebab yakin,teruskan pengambilan. Period pulak 2kali seminggu? Tanya kak normah, rupanya memang tindak balas badan berbeza pada individu. ok,teruskan......
 
terus dan terus menggunakan MAB.... lepas sebulan sahaja,memang ada perubahan positif. Alhamdulillah....berat turun ke 54kg (walaupun masih debab...)... setidaknya yang lain positif. Jangan UPT positif udahhh......hehehe...

Gambar 2bulan selepas bersalin(kamera cap ayam.. :p)
 
muka ada kurang debab ckit...tu yg best tu...
 
 Dan sekarang,setelah 7 bulan menggunakan MAB,insyaallah saya akan terus setia bersama MAB... alternatif kepada perancang moden. :)
 
 
 
 
 
*******Masih baru belajar jugakk,belum terer berblog lagikkk...!!! :D *******
 

testing......testing.......

Dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.... ku tekadkan niat untuk memulakan langkah baru bagi mengubah cara hidup. Yes, I need to change it!

Langkah pertama,aku ingin mulakan PERNIAGAAN. Minat,ada. Kemahiran, sedikit..... Modal??? Wallahualam... Harap sedikit tabungan dari nafkah mingguan boleh kumpul. Janji tak boross!!!(ni la mslh SHOPAHOLIC...)
Another plan,buat bisnes,kongsi dgn adik angkat tersayang (sorang ibu tunggal yg masih muda).... Idea byk,tapi semua belum tetap. Jarak jauh membataskan perbincangan kami yang sekadar berhubung melalui SMS..
Tambahan pula dengan ketiadaan benda yang penting masa kini,iaitu LAPTOP!(ni pun menumpang kat PC abang...hehe...) Sangat2 membataskan komunikasi antara dunia tanpa sempadan ni..

Apapun,tetap berpegang pada 1 tekad... "INNAMAL A'MAALU BINNIAT"

But the question is,what to sell?errr....... :p


*******saya budak baru belajar,kalau salah tolong tunjukkan.....*******