Thursday, 25 October 2012

balik kampung!!!!

Yihaa!!!! Balik kampung Pimping!! Raya haji esok...petang ni bertolak. Apa juadah utk esok ya? Yang pasti,saya telah bersiap sedia untuk projek kek fruit gateau.. :) Bahan,dah siap.kek dah bakar kelmarin lagi.. sampai di kampung,boleh la bermula dengan aktiviti icing mengicing... teringat kek fruit gateau yang paling berjaya masa buat sempena hari lahir matua (nenek) bulan Julai yang lepas.... kira boleh la untuk amatur....

kek sempena hari lahir nenda tercinta... 5/7/2012 :)
 
Bagi yang rase nak mula berjinak-jinak dengan dunia kek,mai saya kongsikan resipi yang saya dapat dari My Resipi..kredit to V rie's for sharing.. :)

Bahan-bahan ( 8-10 orang )

  • BAHAN-BAHAN KEK
  • 5 biji telur (saiz besar, kira-kira 70 gm setiap satu)
  • 130 gm tepung gandum (diayak)
  • 150 gm gula halus( kastor)
  • 80 gm mentega cair
  • 1 sudu teh penuh super sponge
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • Cara-cara membuat kek span
  • Pukul telur, super sponge bersama gula sehingga kembang dan pekat
  • Kemudia masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak bersama,
  • Gaul rata adunan tadi hanya dengan menggunakan senduk kayu, sekadar rata..jangan terlalu lama mengaul, nanti udara keluar.
  • Kemudian masukkan mentegar cair dan gaul rata lagi
  • Tuang adunan dalam loyang bulat saiz 9" yang telah di lanser dengan majerin dan dialas kertas minyak
  • Bakar dalam oven yg tlh di panaskan dahulu pada suhu 170-180'C selama 30-40 minit
  • Setelah masak kek perlu di keluarkan serta merta dan di sekukkan terlebih dahulu.
  • Bahan-bahan hiasan
  • 1/2 -1 tin buah pic dalam tin, 2 1 biji buah kiwi, 3 keping nenas bulat dalam tin, beberapa biji buah anggur..atau pun boleh ditambah dgn buah-buahan segar lain..dan badam hiris yang telah di bakar dlm oven terlebih dahulu
  • Bahan-bahan Krim sapuan
  • 250 gm wipping cream (dipukul hingga kembang dan gebu)
  • Bahan-bahan glaze (untuk memastikan buah -buahan 2 segar dan berkilat)
  • 3-4 sudu aprikot jell/ atau jem aprikot pun bleh jgak..
  • 4-5 sudu air panas
  • Campukan kedua2 bahan itu

Cara-cara

  1. Cara-cara menghias
  2. Kek span tadi di potong kepada 2 lapisan, kemudian sapukan sedikit dengan wipping cream tadi di lapisan bawah dan taburkan dengan buah pic yang telah dihiris kemudian tampal dengan kek lapisan atas.
  3. Lebihan Wipping cream tadi sapu di seluruh kek..cam nak wat kek butter cream jer...
  4. Kemudian diatas kek bleh lah dihias dengan buah2an segar dan di sapu dengan glaze.
  5. Di tepi kek di tabur dengan badam hiris...dan boleh lah kek ni di simpan di dalam peti sejuk sblm di guna...kek ni x tahan kalu lama2 sgt kat cuaca yang panas coz wipping cream x tahan skit...
*kalu takut kek span berbau hanyir telur..bolehlah ditambah sedikit esen vanilla...               
 
Plan raya ni pulak,ada ke? mungkin bakar @ goreng sate,disamping juadah raya yg biasanya takkan dilupakan iaitu RENDANG..... wah.... Raya raya juga,kalau tak terkawal pemakanan alamat bulat la lagikkk!hehehe....
 

SALAM AIDILADHA.. :)

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Sempena hari berbahagia ni,ayuh kita selusuri sirah anbiya..Hayati makna pengorbanan hakiki. Rentetan peristiwa antara nabi Ibrahim a.s dan anakandanya nabi Ismail a.s. Betapa kesanggupan nabi Ismail yg masih kecil untuk berkorban,rela disembelih ayahanda tercinta demi menurut perintah Illahi. Akhirnya dengan kuasa Allah,nabi Ismail ditukar dengan kibas.. Begitulah bermulanya sejarah ibadah korban... Subhanallah...

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.
Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. [1]
Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Makkah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian bersih dan ceria dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

Sunday, 21 October 2012

Lagi Info Berkenaan Acai Berry ABC

 
CARA MAKAN:
Ambil 1 capsule softgel di waktu pagi ketika perut masih kosong dan sebelum breakfast
Rutin makan seperti biasa,jangan skip makan or diet okay
Selepas u all dapat berat yg di ingini,boleh makan selang sehari
 
 

 PANTANG LARANG :
-boleh makan dengan smua jenis makanan
-jika anda period,tak payah makan acai berry...takut ganggu hormone anda
-jika anda ada penyakit jantung, pregnant atau penyakit kronik,JANGAN makan acai yea.
-jika anda makan ubat hospital,jangan makan acai berry.
-kalau anda ada makan supplement lain,jarakkan 6jam pengambilan
-acai berry ni action sikit,dia nak duk sorang-sorang jer,tak mau ada supplement lain
-elakkan minum minuman berkafein sperti teh,kopi,Nescafe kerana proses pemecahan lemak akan lambat.
-acai berry ni tak boleh di ambil dgn produk slimming lain.jika anda ada makan produk slimming lain,habiskan dulu baru makan acai berry yea.

 SOALAN2 LAZIM BERKAITAN ACAI BERRY:)
1- kenapa byk kluar jerawat makan acai? = jawapannya ialah toksin dikeluarkan dari badan sbb tu ada sesetengah org kluar jerawat.
2- kenapa makan acai dah 3 botol tp dok gemuk jugak?= acai susah bekerja jika ada kafein dlm badan..elakkan minum kopi, teh, nescafe. Ia melambatkan lemak pecah, dan menyebabkan pening kepala@migrain
3- kenapa naik penimbang tapi berat tak turun pun?= cuba cek sluar baju longgar x? Ni satu misteri yg saya tgh kaji (cewahhh…) mengapa berat x turun tp sluar dh byk longgar. (MAKNANYA DAH KURUS LER TUUU)
4- kalau mkn ubat lain blh x makan acai?= buleh blake tp jarakkan 7 jam TAPI kalau makan @ minum kalogen, slimming produk yg lain TAK BOLEH makan acai..makan la produk slimming
lain tu dulu smpai abis baru makan acai. Or letak tepi dulu produk lain, cuba makan acai dulu..

Acai Berry ABC Original...Hanya RM75 termasuk pos!

disini saya ingin berkongsi info tentang produk ni. Beribu testimoni,betapa efektif penuruan berat badan dengan Acai Berry ABC. Masalah kandungan racun,sudah selesai dan telah saya lampirkan bukti ujian makmal bahawa betapa selamatnya produk ini dlm penulisan saya yang lepas. kali ini saya akan kongsikan kepada anda  beberapa info bergambar berkaitan Acai Berry ABC..







 
 
 
 
 
 
 
Persoalannya,mengapa saya jual dengan harga murah? Kerana saya tidak ingin mengambil keuntungan yang banyak,sekadar berkongsi apa yang baik untuk semua. Saya sendiri menggunakannya, dan Insyaallah saya akan lampirkan hasil penggunaan Acai Berry ABC oleh saya sendiri...
Ini berita baik buat kawan2 yang mengalami masalah obesiti,terutama yang telah berusaha mencuba pelbagai cara tetapi gagal. ANDA TIDAK BERSENDIRIAN. Apa yang penting, DOA + USAHA + TAWAKKAL.Insyaallah....
Yang berminat boleh berhubung dengan saya menerusi facebook saya, http://facebook.com/CamiliaCalytha atau page facebook saya http://facebook.com/camilythashoppe ..
 

Saturday, 20 October 2012

COBAAN.....

Masyaallah!!! Ana baru nak mula bisnes,cobaan dah datang!!!!
Menggelabah? Memang menggelabah... Allahuakbar.....
Baru2 ni gempar dalam Metro tentang produk Acai Berry dirampas. Habis... punah...
Tapi orang tak tengok point.  YANG TU PRODUK ACAI BERRY TIRUAN........ saya jual ACAI BERRY ORIGINAL!! ORIGINAL is made in HONGKONG, manakala TIRUAN pulak made in CHINA!!!! Tak faham lagi? MASYA ALLAH....!!!
China ni memang terkenal dengan budaya tiru meniru untuk kaut keuntungan lebih.. Korang pun mesti faham kan...?
Semua ACAI Berry ABCaya?mengandungi siburthamine? sapa cakap? FDA?
measti korang tengok yg ni kan...?
http://www.fda.gov/Drugs/ResourcesForYou/Consumers/BuyingUsingMedicineSafely/MedicationHealthFraud/ucm276098.htm

wokey...skrg mai dengar cerita saya pulak..
Sekali lagi saya tegaskan,hobi China ialah meniru sesuatu produk yang baik untuk mengaut keuntungan. Oleh itu,mereka akan cuba mencedok sehampir yang boleh hingga sukar untuk mengenalpasti mana ORIGINAL, mana TIRUAN. MEans,produk yang dikaji oleh FDA ialah produk tiruan. Sementara yang ORIGINAL pula telah lulus ujian Racun...!


.


LAGI LAPORAN TERBARU UJIAN RACUN OLEH MAKMAL MALAYSIA



kini,ada LAGI KERAGUAN?

Wallahualam.. Tepuk dada,tanyalah iman...
Apa saja yang kita buat akan dipersoalkan di Akhirat..
Apa saja yang saya jual adalah berdasarkan niat untuk membantu memperbaiki kualiti hidup masyarakat.
Apa saja yang saya uar-uarkan adalah berdasarkan manfaat yang saya lihat disekeliling. Saya berani,kerana saya dipihak yang benar! saya yakin,kerana saya sendiri menggunakannya!

Tuesday, 16 October 2012

ACAI BERRY ABC (PASTIKAN ORI BARU BELI)

ACAI BERRY ABC Kapsul gel lembut Impian jadi kenyataan!!! Hilangkan 5-15kg dalam masa sebulan!!!

manfaat acai berry, membuang lemak degil berlebihan di dalam badan. membantu mengurangkan kedut penuaan,mencantikan kulit dan awet muda. Baha
n bahan yang unik di proses menggunakan teknologi moden. Mengandungi 100% Acai berry yang telah dikeringkan dan di proses menggunakan teknologi moden,dan telah ...digabungkan dengan herba2 cina istimewa yang terpilih.

Manafaat acai berry terbukti. berkesan melansingkan badan dan membaiki kesihatan seseorang. Apa itu Acai Berry? Acai Berry adalah sejenis buah-buahan yang bulat dan berwarna ungu. Dan buah acai berry telah di uji kebaikan dan keberkesanaannya. Penyelidikan Menunjukkan dan terbukti telah menunjukkan aktiviti antioksidan dan faedahnya. buah acai berry boleh membantu menghalang penyakit-penyakit yang disebabkan oleh tekanan seperti penyakit jantung dan kanser. .

Acai berry juga mengandungi bahan-bahan yang dipangil antosianin dan flavonoid Antosianin bertanggungjawab untuk corak warna merah, ungu, dan biru didalam buah-buahan yang banyak,sayur-sayuran, dan bunga. Makanan yang paling kaya dengan antosianin seperti beri biru, anggur merah, wain merah. Flavonoids adalah antioksida yang membantu mempertahankan badan terhadap tekanan hidup mereka. Mereka juga memainkan peranan dalam sistem perlindungan sel badan. juga memainkan peranan dalam sistem perlindungan sel badan. radikal adalah hasil sampingan berbahaya yang dihasilkan oleh tubuh. Manfaat Beberapa manafaat setelah anda mencuba acai berry:
*Tenaga meningkat
*Penghadaman lebih baik
*Tidur bertambah baik
*Kesihatan Mental Dipertingkatkan
*Sistem Imun Yang
*Kulit lebih sihat dan cantik
*Awet muda
*Detoksifikasi yang lebih baik
*berat badan yang seimbang

Bahan-bahan 500mg x30 gel lembut
Penggunaan & Dos Sehari
1 kapsul sehari


 
 
 Bahan-bahan: Acai aloe berry Chitosan Garcinia Cambogia Fiber Pemakanan Teh Hijau 100% Asli acai berry kering Semua Setiap kapsul gel lembut yang bertanda ABC adalah tulin. Utuk pelansingan ianya berkesan membentuk di bahagian tangan punggung dan peha di mana kedudukan lemak yang mudah berkumpul. Tiada kesan sampingan seperti cirit-birit dan lain-lain.sesuai pada orang yang berumur 16-60 tahun.Tidak di galaKkan untuk wanita yang mengandung dan pesakit jantung.
*30 biji kapsul lembut
*1 biji sehari
 
****** JOM SAMA-SAMA LANGSING & CANTIKKAN KULIT . JAGA KESIHATAN ANDA.... ******
 

Sunday, 14 October 2012

Sharing Is Caring....

Once upon a time in Kepayan,a young mother was delivered her second princess..amboiiii...

Pendekkan cerita,ni bukan tentang kisah dongeng2..hehe...memalukan! Just want to share my experience.
Masa mula lpas bersalin baby no.2, berat saya mencecah 61kg! Wah....risau bukan main...
Sepanjang pantang pula,penjagaan kurang. tiada ambik set bersalin sebanyak-banyaknya kecuali berbengkung dan ambik jamu Seri Perawan. Terima kasih kepada kak Farah Natassya yg jual kepada saya.... walapupn kurang penjagaan,setidaknya demam,sakit dan penat hilang bila mula makan jamu tu pada hari ketujuh selepas bersalin. Alhamdulillah.....
 
 
10hari lepas melahirkan Calytha Melissa...
 
 
Habis Pantang,mula makan MAB... Ambik sebagai perancang,sebab sebelum ni bukan main debab lg sepanjang ambik perancang Trinoldiol... Mana tak tersinggung bila dipanggil gemuk,montel,tembam dan sebagainya... Tekanan...!! sebab tu la saya bertekad untuk stop makan perancang diluar pengetahuan encik asben.. sekali lekat terus!!!hehe...padan muka... Akhirnya lahir lah puteri yang diberi nama Calytha Melissa.... Alhamdulillah,rezeki tak terduga..
 
Kembali kepada MAB,beli dari seorang ejen besar kat sabah (kak Normah). mula-mula ambik,ya Allah....sakit kat perut bukan mai...! mungkin kesan sebab baru lepas bersalin... sebab yakin,teruskan pengambilan. Period pulak 2kali seminggu? Tanya kak normah, rupanya memang tindak balas badan berbeza pada individu. ok,teruskan......
 
terus dan terus menggunakan MAB.... lepas sebulan sahaja,memang ada perubahan positif. Alhamdulillah....berat turun ke 54kg (walaupun masih debab...)... setidaknya yang lain positif. Jangan UPT positif udahhh......hehehe...

Gambar 2bulan selepas bersalin(kamera cap ayam.. :p)
 
muka ada kurang debab ckit...tu yg best tu...
 
 Dan sekarang,setelah 7 bulan menggunakan MAB,insyaallah saya akan terus setia bersama MAB... alternatif kepada perancang moden. :)
 
 
 
 
 
*******Masih baru belajar jugakk,belum terer berblog lagikkk...!!! :D *******
 

testing......testing.......

Dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.... ku tekadkan niat untuk memulakan langkah baru bagi mengubah cara hidup. Yes, I need to change it!

Langkah pertama,aku ingin mulakan PERNIAGAAN. Minat,ada. Kemahiran, sedikit..... Modal??? Wallahualam... Harap sedikit tabungan dari nafkah mingguan boleh kumpul. Janji tak boross!!!(ni la mslh SHOPAHOLIC...)
Another plan,buat bisnes,kongsi dgn adik angkat tersayang (sorang ibu tunggal yg masih muda).... Idea byk,tapi semua belum tetap. Jarak jauh membataskan perbincangan kami yang sekadar berhubung melalui SMS..
Tambahan pula dengan ketiadaan benda yang penting masa kini,iaitu LAPTOP!(ni pun menumpang kat PC abang...hehe...) Sangat2 membataskan komunikasi antara dunia tanpa sempadan ni..

Apapun,tetap berpegang pada 1 tekad... "INNAMAL A'MAALU BINNIAT"

But the question is,what to sell?errr....... :p


*******saya budak baru belajar,kalau salah tolong tunjukkan.....*******